top of page

Mahasiswa bertanya isu Tabung Haji bukan biadab - AMK Mas Gading

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 day ago
  • 1 min read

Mahasiswa yang tampil menuntut penjelasan berhubung isu Tabung Haji (TH) tidak wajar diserang atau dilabel 'biadab' kerana tindakan mereka adalah sebahagian daripada hak bersuara dalam sebuah negara demokrasi.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Mas Gading, Heikarl Edzha Zaini (gambar) menegaskan, dalam sebuah negara demokrasi, suara anak muda tidak sepatutnya dibalas dengan penghinaan hanya kerana pandangan mereka tidak menyenangkan sesetengah pihak.


"Sejak bila mahasiswa yang berani bertanya, membantah dan menuntut pertanggungjawaban terhadap wang umat Islam dianggap biadab? Mahasiswa bukan musuh hanya kerana mereka memilih untuk bersuara.


"Kalau mahu bercakap tentang adab, kita perlu bertanya siapa sebenarnya yang lebih tidak beradab.


"Mahasiswa yang turun menuntut penjelasan atau mereka yang sekiranya terbukti telah menyalahgunakan, menyeleweng atau mengkhianati amanah wang pendeposit Tabung Haji?," tanyanya menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, Heikarl berkata pihaknya memandang serius tindakan pihak tertentu dalam Pemuda Umno yang mengecam mahasiswa kerana berhimpun dan menyuarakan bantahan terhadap isu berkenaan serta dakwaan penyelewengan yang melibatkan Tabung Haji.


"Bersuara bukan biadab. Menuntut akauntabiliti bukan biadab. Yang jauh lebih tidak beradab ialah mengkhianati amanah rakyat jika penyelewengan itu terbukti.


"Sebab itu setiap persoalan mengenai integriti dan pengurusan dana tersebut berhak mendapat jawapan yang telus, bukan serangan terhadap mereka yang bertanya," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page