top of page

MAHAR kecam keganasan terhadap wartawan di Gaza



Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengecam sekeras kerasnya keganasan dan pembunuhan yang melibatkan wartawan di Gaza.


Melalui satu kenyataan, Pengerusi MAHAR, Jismi Johari menegaskan wartawan mesti dibenarkan melaporkan secara bebas dan melakukan tugas mereka untuk memastikan orang ramai di seluruh dunia dimaklumkan tentang keadaan semasa.


Sebarang bentuk intimidasi dan pembantaian yang menyasarkan wartawan, tegasnya adalah tindakan yang tidak boleh diterima.


"Wartawan di Gaza sedang menghadapi dan melalui keadaan yang berbahaya ketikamana mereka membuat liputan yang mana mengalami gangguan komunikasi, bekalan elektrik yang terputus selain terdampak secara terus dengan siri serangan udara yang luar biasa yang pernah direkodkan dunia.


"Wartawan mesti dibenarkan melaporkan secara bebas dan melakukan tugas mereka untuk memastikan orang ramai di seluruh dunia dimaklumkan tentang keadaan semasa.


"Keprihatinan kami yang mendalam terutamanya dalam aspek keselamatan adalah bersama para wartawan yang sedang berada di Gaza yang menjadi penghubung kepada perkhabaran terkini," kata beliau melalui kenyataan itu.


Selasa lalu, Ketua Biro Al Jazeera Lubnan, Mazen Ibrahim berkata Israel 'secara langsung menyasarkan' kumpulan wartawan yang berada di kawasan terbuka.


"Pasukan pendudukan Israel tidak teragak-agak untuk menyasarkan wartawan secara langsung," katanya dipetik laporan media.


Datuk Bandar Yarun, Ali Qassem Tahfah pula mendakwa Israel melancarkan dua serangan berturut-turut yang menyasarkan wartawan di sempadan selatan Lebanon.


Setakat 8 Nov lalu, seramai 41 wartawan terkorban dalam perang Israel-Palestin yang bermula pada 7 Oktober lalu dan daripada jumlah berkenaan 36 adalah wartawan Palestin.


Sehubungan itu Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meminta untuk melindungi wartawan yang masih berada di sana.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page