top of page

Mahabbah Ulama: Tingkat ilmu, akhlak, tegakkan keadilan - Anwar



Meskipun sering ditohmah sebagai liberal dan sebagainya, hakikatnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat gemar mengundang ulama ke kediaman rasminya di Putrajaya.


Terbaharu, Anwar mengadakan Majlis Mahabbah Ulama bersama dua orang ilmuan tersohor, Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al-Mahdali dan Prof. Dr. Mehmet Fadil Ceylani (Jailani) (gambar berjubah hijau), pimpinan Umum Markaz al-Jailani dari Istanbul, Turkiye.


Beliau memberi sedikit kupasan di hujung majlis dengan memberi pendapat kewajaran mendengar tausiyah daripada sheikh atau ulama besar demi mendalami ilmu dan hikmah.


"Ilmu bertambah, mereka (ini) rumuskan ilmu. Masalah kita ialah melepaskan (dari diri) tanggungjawab dakwah dan dan mengajar.


"Pendidikan satu yang mulia, iaitu sebagai pendakwah dan pengajar. Jadi bila kita dengar sheikh besar nampak macam diketuk hatinya.


"Anwar ada keadaannya sekarang (setelah dilantik sebagai PM), apa yang disebut tanggungjawab untuk menyebarkan hakikat ilmu, perbetulkan akidah umat dan melatih mereka supaya ada hubungan baik dan rahmah, kasih sayang sesama manusia," katanya dihadapan ratusan jemaah.


Beliau juga mengingatkan agar tidak setakat menuntut ilmu tetapi sepatutnya mengamalkan ilmu secara penuh adab bagi mewujudkan tamadun dan peradaban gemilang.


"Ini tanggungjawab kita. Saya bila dengar mesti tingkat ilmu, tanggungajwab menyebarkan ilmu, tegakkan keadilan kerana amalnya dibezakan antara orang bicara, dan orang amalkan.


"Kita harus ada kesedaran itu. Bagi saya bila dengar (tausiyah) bukan untuk bermegah tetapi tercabar bagaimana dengan harapan sheikh besar dari Turki datang ke sini mendoakan, dengan maksud kita membawa satu perubahan uslah kepada umat.


"Bawa mesej baik kepada kemanusiaan, yang bukan Islam sekali pun, membawa tauladan bagaimana menegakkan keadilan melalui contoh akhlak," katanya.


Namun Anwar memberi amaran bahawa kekuasaan bukanlah untuk dimegahkan, tamak atau sombong. Katanya, dengan berkuasa seseorang perlu lebih tawaduk serta memperkukuh akhlak.


"Satu dunia bila ada kuasa rebut, perkayakan diri, zalim. Diharap dengan mengadakan majlis ilmu seperti ini, dengan teras kita mengelakkan daripada pertelagahan dan perpecahan, kita menggalakkan mesej kesatuan.


"Sesetengah orang kata Melayu mesti bersatu. Bersatu itu ada prinsip dia. Ada tunggaknya, tunggak akidah, akhlak, keadilan, ilmu. Ini yang kita cuba faham," katanya lagi.


Selain dua tokoh besar ilmu berkenaan majlis malam tadi juga dihadiri YB Senator Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Sohibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr. Sirajuddin Siraj, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, rombongan Markaz al-Jailani Asia Tenggara yang berpusat di Jakarta, serta sahabat-sahabat lama saya seperti Dato' Seri Dr. Mujahid Yusoff, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan lain-lain.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page