top of page

Mageran tangani huru-hara bukan virus Covid 19 - AMK


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk mewujudkan kerajaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani pandemik Covid 19.


Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin, penubuhan Mageran pada 1969 adalah untuk menangani permasalahan yang timbul rentetan tragedi rusuhan kaum 13 Mei dan tekad mahu menyelesaikan isu kesenjangan ekonomi dalam kalangan rakyat pada waktu itu.


"Berbeza dengan senario sekarang, alasan untuk penubuhan Mageran di saat krisis kesihatan adalah berbeza dengan fungsi asal pada 1969.


"Oleh itu, cadangan yang diutarakan oleh Tun harus ditolak.


"Cadangan ini dilihat hanya mahu mengangkat kelompok elit untuk berkuasa dan mengawal negara dengan menolak amalan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau menyambut baik kenyataan pimpinan Pakatan Harapan agar Parlimen kembali dibuka dan menamatkan darurat segera bagi menangani kemelut yang melanda baik segi ekonomi, pentadbiran, politik serta sosial yang seharusnya menyuburkan amalan demokrasi.


"Saya juga menyelar kenyataan Tun bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada solusi untuk menangani isu sekarang. Kenyataan Tun tak lain tak bukan bertujuan memberi imej negatif kepada Anwar. Ini bukan kali pertama.


"Ternyata Tun terdesak tatkala rakyat semakin yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar dan rakyat semakin percaya kepada Tun," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page