top of page

Madu tiruan: KPKM pandang serius pendedahan 'mengejutkan'



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum dakwaan seorang pensyarah kanan berhubung kehadiran madu tiruan yang didakwanya mencecah 90% di pasaran.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau telah mengarahkan pihak penguatkuasaan menghubungi Dr Mohd Zulkifli Mustafa dari Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan di Universiti Sains Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut agar tindakan susulan dapat dilaksana.


"Ini kali pertama saya dengar tentang perkara ini… Angka 90% ini membimbangkan.

"Kami perlu dapatkan butiran lanjut untuk tentukan tindakan lanjut, termasuk perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan," katanya.


Zulkifli Mustafa dipetik Berita Harian sebagai berkata kehadiran madu tiruan menjadi cabaran terbesar industri madu kini.


Jelasnya, madu adalah makanan lengkap dalam aspek tenaga, protein, vitamin, bakteria baik dan antioksida. Melalui kajian, pengambilan madu boleh bantu pencegahan penyakit kronik tidak berjangkit akibat gaya hidup mahupun akibat jangkitan.


Bagaimanapun bagi mengenal pasti madu asli yang mempunyai kelebihan dan kebaikan dalam aspek kandungan, khasiat serta kualiti, ujian makmal diperlukan.


Sementara itu menurut Armizan, susulan pendedahan itu kerajaan mungkin perlu pertimbangkan suatu bentuk peraturan bagi penjualan dan pemasaran madu, seperti yang ada di negara lain contohnya Peraturan Madu (England) 2015.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page