top of page

Madani: Konsep bina tamadun, kembalikan bangsa terbilang



Malaysia Madani dalam erti kata luas merupakan satu kerangka pemikiran untuk mengembalikan rakyat menjadi bangsa yang hebat semula di pentas dunia, selepas negara pernah digelar Harimau Asia pada dekad 1990an.


Hal itu diungkapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada lebih 1,000 hadirin terdiri daripada generasi muda dalam program Dialog Anak Muda: Temu Anwar di KL Convention Centre, KLCC, petang tadi.


"Madani konsepnya pembinaan, kerangka membina tamadun berdasarkan dari keyakinan.


"Kerana kalau saya bicara soal alam sekitar, satu aspek. Kemiskinan satu aspek. Dunia ilmu satu aspek. Kalau kita rangkul kesemuanya untuk perbaiki, islah atau reform untuk meningkatkan mutu pendidikan, kemudahan ditingkatkan, pembasmian kemiskinan dilakukan secara berkesan.


"Dirangkul semua, kalau ada minat untuk menjadi yang terbaik maka boleh diangkat masyarakat ini. Sebab itu saya gabungkan perkataan Madani, bukan soal (terhad) pemerkasaan ekonomi, pemerkasaan sosial tetapi pemerkasaan rakyat yang berteraskan nilai," katanya.


Tegas Anwar, generasi 1990an lalu pernah mempunyai keyakinan yang amat tinggi mengenai masa hadapan Malaysia. Hal itu perlu digilap semula dengan keyakinan yang sama untuk anak muda ketika ini.


Justeru, beliau menyeru anak muda untuk bangkit dan tidak lagi longlai dibelit kerosakan serta kecamukan politik bergantian kerajaan yang tiada hala tuju sepanjang dekad lepas.


"Kita Malaysia ini mampu jadi hebat. Tetapi lemah longlai, dibiarkan kerosakan berkecamuk. Kalau tanya saya, rasuah sudah sistemik, sistem rosak dari atas. Kepalanya perlu dibetulkan dulu. Ini kita yang kita angkat Madani itu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page