top of page

'Madani amalan Islam, kemajuan negara bobrok tidak utamakan akhlak'



Kerosakan dan kebobrokan yang melanda negara pada ketika ini adalah kerana agenda Madani yang mula dibicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh Perdana Menteri Keempat, Tun Mahathir Mohamad pada 1990an.


Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kemajuan pada ketika itu hanya berasaskan Wawasan 2020 yang mengutamakan pembangunan material menyebabkan berlakunya kegelojohan dan gejala rasuah pada waktu negara sedang mengecapi pembangunan yang mengkagumkan di Asia.


"Saya dah lama membicarakan soal Madani ini sejak Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno dan dalam Pemuda Umno (yang diterapkan agenda Madani).


"Madani ini ketika Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Rasul diwahyukan untuk ke Madinah dan setelah sampai di Madinah, perpaduan itu berlaku untuk mentadbir kota Madinah.


"Apabila rasul memberikan tazkirah, ucapan utama di Madinah 3 perkara ditekankan. Pertama beri salam, maksudnya perpaduan. Tanpa perpaduan bengkoklah tubuh seseorang itu atau tersongsanglah fikirannya.


"Kedua beri makan. Bila beri makan itu yang (kerajaan ketika ini wujudkan) ada (Menu) Rahmah dan segala macam. Itu adalah dasar yang cukup jelas yang disarankan oleh baginda. Selain kukuh beribadat termasuk ibadat (sunat) pada waktu malam.


"Itu adalah dasar kerangka Madani yang perlu difahami," katanya dalam forum "Malaysia Madani: Kesinabungan Dua Dekad Reformasi" anjuran NGO Rapat Rakyat, malam tadi.


Sehubungan itu, kata Abdullah, rakyat Malaysia tidak perlu mengulangi kegagalan kerajaan sebelum ini dalam membangunkan negara tanpa mempedulikan aspek kerohanian.


Pemulihan semula negara, kata Pengerusi Tekun Nasional itu, perlulah dengan mengutamakan nilai nilai murni, akhlak mulia dan semangat melakukan perubahan.


"Jadi pengisian Madani ini melengkapkan rohani dan jasmani. Itulah yang harus dipegang oleh semua orang.


"Saya berpandangan Madani ini akan berterusan. Di dalam Piagam Madinah diseru, 'hai orang orang beriman', itu sebab orang beriman buat kerja semuanya kerana Allah.


"Kalau nak buat rasuah ingat Allah maka tidak berani, takut," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page