top of page

MADANI 3 Tahun: Benarkah 'Semua Orang Boleh Cari Makan' Sekarang?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Lai Cheng Heng


ULASAN: Menjelang tiga tahun pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), fokus kerajaan terhadap reformasi struktur tetap teguh meskipun diasak pelbagai tekanan politik.


Dengan mandat yang berbaki kurang dua tahun, keberkesanan gagasan MADANI kini terbukti melalui pengiktirafan PMX sebagai antara 10 Muslim paling berpengaruh di dunia, yang turut melonjakkan nilai Ringgit Malaysia sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia pada paras RM4.04 hingga RM4.10.


Kestabilan ini berjaya mengekang inflasi di bawah 1.5%, sekali gus memastikan harga barangan keperluan asas seperti ayam dan telur kekal terkawal demi kesejahteraan harian rakyat marhaen.


Pendapatan rakyat meningkat


Dari aspek pendapatan, langkah progresif melalui pelarasan gaji penjawat awam (SSPA) dan kenaikan gaji minimum RM1,700 telah meningkatkan kuasa beli rakyat secara nyata.

Penulis - Lai Cheng Heng
Penulis - Lai Cheng Heng

Inisiatif ini diperkukuh dengan pemberian kredit SARA untuk 22 juta rakyat serta pemerkasaan warga Kuala Lumpur melalui transformasi pengangkutan awam My50 dan Skim Lestari Niaga yang menaik taraf martabat serta prasarana penjaja kecil.


Selain itu, kerajaan mempermudah pemilikan kediaman melalui Rumah MADANI dan dana SJKP RM10 bilion, membolehkan pekerja gig memiliki aset tanpa kekangan slip gaji konvensional, manakala caruman PERKESO suri rumah terus dibela melalui subsidi 90 peratus.


Masyarakat punya ruang cari rezeki


Strategi penyasaran subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 bagi 85 peratus rakyat membuktikan keberanian kerajaan dalam mengagihkan kekayaan negara secara adil daripada golongan maha kaya kepada kelompok terbanyak.


Kesimpulannya, tumpuan jitu terhadap pelaksanaan dasar telah membuahkan hasil yang praktikal di sebalik gangguan politik yang tidak putus-putus.


Kejayaan sebenar MADANI akhirnya tidak lagi diukur pada angka statistik semata-mata, tetapi pada realiti di mana setiap lapisan masyarakat kini mempunyai peluang dan ruang untuk "cari makan" dengan lebih selesa, stabil, dan bermaruah.

Penulis merupakan mantan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page