top of page

MA63: PM hargai ADUN PH Sabah tarik saman pemula

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) menyatakan penghargaan kepada sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah yang telah menarik saman pemula terhadap Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Penghargaan itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan ketika merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu


"Baru-baru ini ADUN-ADUN sebahagian daripada PH telah mencabar kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63.


"Saya ucap terima kasih kerana mereka telah menarik saman terhadap kerajaan Persekutuan kerana sejak kita ambil alih kerajaan, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sedia maklum saya telah arahkan sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang kita janjikan.


"Bapa-bapa pada tahun 1963 dalam perjanjian Malaysia telah menjanjikan untuk melaksanakan beberapa hal yang dimeterai hasil daripada muafakat antara pemimpin Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Jadi tugas itu tentulah dilaksanakan," katanya sambil berjanji usaha untuk melaksanakan janji yang dimeterai dalam MA63 akan dilakukan oleh kerajaan pimpinannya dengan sedaya upaya.


Saman pemula itu difailkan pada 3 Jun tahun lepas terhadap Kerajaan Persekutuan, dan kerajaan Sabah.


Mereka memohon perintah mahkamah supaya Kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan memberikan hak-hak Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta hak perlembagaan yang memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas berjumlah dua perlima (formula 40 peratus) daripada hasil bersih Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.


Penarikan semula saman itu dibuat pada 20 September lalu antaranya kerana mereka melihat ada kemajuan berhubung isu MA63, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Anwar sendiri, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksana.


1 Comment


Lukin Teliban
Lukin Teliban
Jan 17

Seharusnya KERAJAAN bagi time frame (had tempoh bila pelaksanaan) janji tersebut. Kalau tidak 10 tahun akan dtg pun janji tetap janji tanpa penyelesaian.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page