top of page

MA63: Kerajaan MADANI komited segera selesaikan tuntutan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI beriltizam untuk menyegerakan penyelesaian kepada semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, ketika ini baki tuntutan perjanjian tersebut masih dibincangkan di bawah pemantauan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM).


"Kerajaan MADANI terus memberikan komitmen yang tinggi untuk menyegerakan semua tuntutan dalam MA63).


"Namun, tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan," katanya dipetik semasa sesi pengulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau sementara itu turut memaklumkan, 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi MA63 telah diselesaikan dengan sembilan daripadanya dimuktamadkan semasa pentadbiran Kerajaan MADANI.


"Bagi baki perkara di bawah MA63 yang masih dalam perbincangan, ia akan terus dipantau BHESS JPM selaku Sekretariat kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bersama pemegang taruh di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.


"Selain iltizam politik yang tinggi, kesediaan kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia serta kewangan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perkara di bawah MA63 dapat diselesaikan," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page