top of page

MA63: Jangan pertikai peruntukan, lebih banyak penyelesaian sedang diusahakan



Peranjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam proses untuk direalisasikan sepenuhnya.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tindakan mempertikaikan peruntukan sebanyak RM300 juta dari Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan tidak mengembalikan 40% daripada hasil negeri itu adalah tidak tepat kerana lebih banyak peruntukan sedang dirundingkan.


Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang mempersoalkan perkara berkaitan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) Negeri Sabah 2023 terkait pemberian khas kepada negeri Sabah adalah tidak kena pada tempatnya.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan, beliau mempunyai akses penuh kepada Perdana Menteri bagi membincangkan hal ini melalui saluran yang betul. Namun beliau sering memilih untuk 'bising' di sidang media dan lebih dilihat cuba menunggang isu ini.


"Seingat saya sebagai warga Tuaran, Madius pernah menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Persekutuan ketika pentadbiran Barisan Nasional dahulu. Namun mengapa pada ketika itu beliau tidak bersuara 'selantang' sekarang untuk mendapatkan hak 40% tersebut.


"Malah beliau juga ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri di bawah kerajaan Warisan turut bersetuju dengan pemberian khas berjumlah hanya RM53.4 juta sahaja, berbanding RM300 juta yang baru disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kini," katanya dalam satu kenyataan.


Razeef berkata, pemberian RM300 juta itu dinamakan sebagai pemberian khas kerana ianya merupakan penyelesaian interim terhadap tuntutan hasil Sabah daripada Putrajaya.


Bermakna, kata Razeef, proses konsultasi berkenaan hasil 40% diteruskan.


"Kita telah menunggu selama lima dekad, dan hanya di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja kita melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.


"Ini dipermudahkan lagi dengan persefahaman bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.


"Kebijaksanaan ketiga-tiga pemimpin ini telah membawa kepada kemajuan pelaksanaan pelbagai perkara yang menjadi tuntutan perjanjian yang termaktub dalam MA63.


"Sebagai anak Sabah, saya juga mahu isu 40% peruntukan dipenuhi. Namun sebagaimana disebut oleh Menteri Kewangan Sabah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, dalam kita terus menuntut, kita juga perlu berterima kasih kerana sekurang-kurangnya kadar pemberian khas ini telah meningkat dari hanya RM26.7 juta sejak 50 tahun lalu, kepada RM300 juta kini.


"Paling penting YAB Perdana Menteri telahpun menzahirkan bahawa jumlah ini akan terus ditingkatkan," katanya lagi.


Juteru, Razeef berharap Madius bertemu dan boleh memanjangkan ketidakpuasan hati beliau kepada Ketua Menteri Sabah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali bagi mendapatkan penjelasan atau melontarkan pandangan jika beliau benar benar ikhlas memperjuangkan isu tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page