top of page

M'sia gesa pelan damai Gaza segera dilaksanakan, henti pembunuhan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia menggesa semua pihak melaksanakan segera dan sepenuhnya fasa pertama pelan damai Gaza yang dipersetujui antara Hamas dan Israel.


Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Khamis menegaskan, persetujuan dicapai antara Hamas dan Israel merupakan langkah penting ke arah menamatkan pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan serta kebuluran di Gaza.


Pelan tersebut juga dianggap akan membuka laluan kepada pertukaran tahanan, pengunduran tentera Israel dan pembinaan semula wilayah berkenaan.


Malaysia menyambut baik pelan komprehensif dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Sharm El-Sheikh, Mesir pada Rabu yang akan menjadi asas penting kepada proses perdamaian yang dinantikan rakyat Palestin.


"Malaysia turut menghargai peranan Mesir, Qatar dan Turkiye serta negara-negara lain yang membantu memudah cara pelaksanaan pelan berkenaan," kata kenyataan tersebut.


Wisma Putra sementara itu turut menegaskan pendirian Malaysia yang sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan keamanan berkekalan di Gaza serta wilayah Palestin yang diduduki dapat direalisasikan.


Malaysia turut menegaskan pendirian teguh menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page