Lynas: Mengapa pilih lupus radioaktif ditapak terdapat air di kedalaman 1 meter



Tapak perlupusan kekal sisa radioaktif (PDF) Lynas yang baharu di Gebang, Pahang didakwa tidak sesuai kerana mempunyai air bawah tanah pada kedalaman 1 meter.


Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH - Kuantan) bertanya adakah kajian rapi telah dilakukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum kebenaran dikeluarkan untuk membina PDF di kawasan berkenaan.


"Berkenaan tapak perlupusan kekal sisa buangan radioaktif kilang Lynas, memandangkan tapak perlupusan kekal (PDF) yang awal sebelum tapak yang dipamerkan sekarang ini di Bukit Ketam telah ditolak oleh DOE kerana ianya tapak takungan air. Kemudian baru dicadangkan tapak pelupusan kekal yang baharu di Gebeng, tapak sebelah kilang.


"Saya nak tanya apakah rasional memilih tapak ini sebagai tapak perlupusan kekal memandangkan kawasan itu ialah kawasan air bawah tanah, di bawah 1 meter dah ada air.


"Bagaimana nak buat tapak perlupusan kekal di kawasan tersebut. Rujuk kepada preliminary EIA Lynas, masa nak bina kilang tersebut pada tahun 2008.


"Dalam dokumen itu ada disebut hanya 1 meter di bawah tanah dah ada air. Memandangkan sisa ini adalah sisa radioaktif yang jangka hayat 14 bilion tahun dan di Bukit Ketam pun ditolak, apa rasionalnya memilih Gebeng yang bawahnya 1 meter ada air," katanya ketika sesi soalan tambahan perbahasan Dewan Rakyat, sebelah pagi.


Menteri sains dan teknologi Datuk Seri Dr Adham Baba menjawab, beliau maklum mengenai situasi di Gebeng dan katanya Agensi Penilaian Alam Sekitar (EIA) masih menjalankan kajian berhubung tapak itu.


Namun katanya, alasan utama membina PDF di sana adalah kerana Gebeng tidak terlibat dalam banjir sebagaimana banjir besar 2014. Kedua tapak tersebut dinaikkan 5 meter dari paras laut dan kawasan paras laut di Gebeng selamat.


Bagaimanapun laporan akhir masih belum dibuat dan dijangka akan keluar pada bulan November.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih