Lynas belum bina tempat perlupusan sisa radioaktif, mengapa lesen masih disambung - Fuziah



Operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang didakwa masih disambung lesen biar pun tempoh untuk syarikat berkenaan membina Tapak Perlupusan Kekal (PDF) bagi sisa radioaktif yang dihasilkan mereka masih belum dimulakan.


Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH - Kuantan) bertanya kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) apakah kerajaan serius dalam menguatkuasakan syarat-syarat beroperasi kepada Lynas yang gagal membina PDF dalam jangka masa sehingga September 2021.


"Saya merujuk kenyataan menteri MOSTI, 14 Januari 2021 mengatakan bahawa Lynas diberi tarikh penangguhan sehingga September 2021 sebagai syarat untuk membina tapak pelupusan kekal.


"Sekiranya Lynas gagal maka lesen ditamatkan tetapi menteri baru-baru ini dalam dewan berkata, syarat itu dipanjangkan kepada Mac 2022 untuk membina PDF. Saya tahu timbalan menteri bermain dengan lesen dan syarat untuk bina PDF.


"Saya ingin bertanya, apabila Lynas diberi syarat di awal dulu untuk beroperasi, mereka diberi syarat bahawa mereka boleh mengitar semula sisa radioaktif dengan syarat membuat PDF.


"Mereka juga boleh menghantar semula sisa 850,000 metrik tan itu balik ke Australia. Adakah kerajaan serius tamatkan lesen sekiranya Lynas gagal tepati syarat?


"Lynas terbukti gagal tetapi lesen disambung walaupun dikata kalau tak buat pada 2 September tamatkan lesen, tetapi sambung juga. Saya nak tahu serius atau tidak nak bagi terus operasi atau hantar balik ke Australia kalau gagal buat PDF," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim menjawab, pada 20 Ogos 2021 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah meluluskan penanguhan pihak Lynas membina PDF sehingga Mac 2022.


Lokasi tapak cadangan di Bukit Ketam, katanya, tidak dipertimbangkan susulan isu status hutan simpan. Lynas perlukan masa membina di tapak baharu dan melihat kajian dari pelbagai aspek teknikal.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER