top of page

Lupakan politik, Kemaman perlu jadi penghubung Kerajaan Persekutuan



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dinasihatkan untuk melupakan perbezaan politik dan mengutamakan pembangunan kepada kawasan mereka.


Menurut mantan calon Pakatan Harapan DUN Chukai pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, Wan Anis, pengundi perlu memilih calon yang mampu memberikan kesejahteraan kepada hidup mereka kerana Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah pun dilantik dan tidak mengubah kedudukan pemerintahan.


"Kita ambil pandangan bahawa PRK kali ini, lupakan parti poltik memerintah.


"Apa pun terjadi kerajaan Terengganu tetap dipimpin oleh Pas dan pusat tetap dipimpin oleh Kerajaan Perpaduan yang ada bersama PH dan BN


"Jadi untuk kebaikan orang Kemaman, kita perlukan seorang wakil yang boleh memberi sumbangan maksimum untuk Kemaman.


"Lupakan soal politik, Pas, BN, PH. Yang penting wakil parlimen mestinya boleh membina jambatan antara kerajaan pusat dan negeri," katanya.


Tegas beliau, calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah yang terbaik sebagai seorang bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan anak jati Kemaman amat faham masalah penduduk di situ.


"Calon Raja Affandi yang terbaik untuk kita jadikan jambatan dengan kerajaan pusat. Jadi orang Terengganu dapat untung. Ada sumbangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (dalam pembangunan).


"Ambillah peluang ini dan saranan saya undi calon nombor 1 Jeneral (B) Tan Sri Raja Affandi," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page