top of page

Lulus RUU anti lompat parti bukti kesungguhan PH kembalikan demoktasi tulin



Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti semalam merupakan bukti nyata kesungguhan Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan demokrasi yang berakhlak di Malaysia.


Menurut Unit Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kemaman, kelulusan itu juga diharap akan menghentikan budaya 'katak politik' di masa hadapan.


"AMK Kemaman mengucapkan tahniah kepada PH yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kelulusan RUU anti lompat parti di Dewan Rakyat


"Kejayaan pindaan Perlembagaan dan undang-undang itu adalah bukti kesungguhan PH untuk mengembalikan demokrasi tulin di Malaysia dan mengangkat kemuliaan Dewan Rakyat daripada dicemari oleh katak-katak politik yang rakus merebut kuasa," kata mereka dalam satu kenyataan.


AMK Kemaman juga berharap dengan RUU yang bakal diwartakan itu akan mengembalikan keyakinan para pengundi untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan menguatkan semangat para pemimpin PH untuk mengambil alih Putrajaya.


"Diharapkan dengan kejayaan ini akan menaikkan lagi motivasi pimpinan PH untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.


"Rakyat yang cintakan keadilan akan sentiasa bersama dengan perjuangan PH menentang kebrobrokan ahli politik dan penunggang agama yang rakus merebut kuasa untuk kepentingan diri sendiri," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page