top of page

Lulus peruntukan pembangunan Perlis ratusan juta lambang PM berjiwa besar



Lawatan Perdana menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perlis kelmarin dan membawa ratusan juta ringgit peruntukan pembangunan melambangkan jiwa besar PM terhadap semua rakyat Malaysia tanpa kecuali.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azzin Izzad Bahanudin, meski pun negeri paling utara Semenanjung itu merupakan kubu pembangkang namun PM tidak melupakan Perlis untuk dibangunkan dengan lebih cemerlang.


"Susulan daripada lawatan kelmarin, PM telah meluluskan peruntukan projek pembangunan negeri bernilai ratusan juta ringgit.

Azzin Izzad Bahanudin

"Antaranya peruntukan mesin mengimbas Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bernilai RM40 juta yang akan diangkat ke mesyuarat kabinet dan peruntukan tambah sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS ) Wang Kelian.


"Selain itu, permohonan Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan tambahan peruntukan mengurus bernilai kira-kira RM100 juta akan dibawa oleh PM bagi diluluskan di peringkat mesyuarat kabinet dan PM juga telah menyerahkan sumbangan bernilai RM505,000 kepada 101 Masjid di seluruh negeri Perlis," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Azzin, PMX merupakan satu satunya ketua kerajaan yang tidak menganaktirikan negeri pembangkang dalam sejarah negara.


Katanya, jiwa besar Anwar senantiasa mahukan pembangunan yang selaras dengan konsep Malaysia Madani, iaitu menitikberatkan keseimbangan komuniti dalam pembangunan supaya pemacuan pertumbuhan ekonomi dirasai semua golongan.


"Kelulusan peruntukkan yang diberikan oleh PM kepada negeri pembangkang ini membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang matang dalam politik dan profesional kerana sentiasa bersiap siaga membantu sesebuah negeri walaupun berlainan nakhoda.


"Inilah sifat yang perlu ditunjukkan sebagai seorang pemimpin yang adil dan lebih mementingkan kebajikan rakyat berbanding ideologi politik semata-mata," katanya lagi.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page