top of page

Lucut hak X70: SPRM perlu buka semula siasatan terhadap anak syarikat Yayasan Terengganu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 2 min read
ree

Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka semula siasatan ke atas Yayasan Terengganu dan anak syarikatnya.


Menurut Setiausaha Intelek, Ahmad Nadhir Yob, siasatan seharusnya kembali dibuka selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan melucut hak sebuah kereta Proton X70 bernilai RM115,000 milik isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Terengganu, Aida Tengah, baru baru ini.


Kes tersebut, kata Ahmad Nahdir adalah berunsur salah guna kuasa. Berdasarkan laporan Sinar Harian, ahli Lembaga Pengarah Hygenia Sdn Bhd, Abdul Ahad Khan yang diamanahkan dengan wang pelaburan berjumlah RM3.8 juta tanpa kebenaran telah digunakan sebagai kegunaan peribadi, dan sebanyak RM115,000 daripada wang itu digunakan untuk membeli kereta yang didaftarkan atas nama perayu (Aida).


Manakala Aida ialah isteri kepada Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang ketika itu merupakan Exco Pelaburan Yayasan Terengganu dan juga Exco (Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan) negeri itu.

Ahmad Nadhir  Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Berhubung keputusan mahkamah melucut hak ke atas kereta X70 milik isteri bekas Adun Ladang, berhubung isu salah guna wang dalam pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu, Intelek Terengganu mendesak pihak SPRM agar membuka semula kertas siasatan berhubung kes ini.


"Keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan lucut hak ke atas kereta model X70 milik isteri bekas Adun Ladang ini membuktikan memang terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa berhubung pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu, Sterling Hectares Sdn Bhd.


"Justeru itu pihak SPRM mesti membuka semula kertas siasatan untuk menyiasat kes ini kerana ini melibatkan kepentingan awam khususnya rakyat negeri Terengganu," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, kata beliau, kerajaan Terengganu juga harus mengambil tanggungjawab penuh serta memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM menyiasat isu tersebut secara menyeluruh dengan membantu mengesan Abdul Ahad Khan yang menjadi suspek utama dalam kes berkenaan.


Untuk rekod, Abdul Ahad Khan merupakan pengarah Hygenia Sdn Bhd yang menghadiahkan kereta model proton X70 kepada isteri ADUN Ladang selepas pihak Yayasan Terengganu melalui anak syarikat Sterling Hactres Sdn Bhd melabur wang sebanyak RM2 juta kepada Hygenia Sdn Bhd dalam pelaburan saham kilang pelitup muka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page