top of page

LUAS berjaya sekat potensi pencemaran bekalan air di LRA Sg Semenyih



Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang pencemaran bekalan air mentah Selangor selepas kebakaran sebuah kilang cat di kawasan perusahaan Nilai, Negeri Sembilan, petang semalam.


Menurut Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, LUAS telah memantau aliran aliran air berwarna putih telah masuk ke Tasik Ujana Nilai Impian sebelum masuk ke Sungai Batang Benar yang berpotensi mencemarkan Loji Rawatan Air (LRA) di Semenyih.


Katanya, cairan berwarna putih tersebut dikesan berikutan kerja-kerja memadamkan api di kawasan kilang cat berkenaan.


"LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA Sungai Semenyih.


"Siasatan LUAS mendapati jarak insiden tersebut ke muka sauk, Jenderam Hilir, Sungai Semenyih dalam 13.7 kilometer dan dalam tempoh sembilan 9 jam untuk sampai ke muka sauk. Ujian pensampelan bau telah dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di Sungai Pajam,

Sungai Beranang dan Sungai Semenyih yang mencatatkan kadar bau sifar ton," kata Hee.

Serbuk karbon teraktif digunakan mengelak pencemaran

Selain itu, menurut beliau, pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan juga telah dimaklumkan untuk bersama-sama menjalankan siasatan di sebelah kawasan Negeri Sembilan.


Manakala LUAS meneruskan pemantauan ke lokasi Sungai Pajam dan mendapati keadaan air Sungai Pajam adalah normal dan jernih selain mencatatkan bau sifar ton malam tadi.


"Berdasarkan pemantauan statik LUAS sehingga jam 8 pagi hari ini di Jambatan Sungai Pajam, ujian pensampelan bau mencatatkan bacaan sifar ton dan aliran air sungai dalam keadaan normal.

Larutan berwarna putih kesan pemadaman kebakaran

"Inisiatif pencegahan dipertingkatkan dengan pihak LUAS meletakkan 10 beg Serbuk Karbon Teraktif di Sungai Batang Benar untuk mencegah sebarang pencemaran bau dalam air mentah.


"Tindakan pantas kawalan di tapak telah berjaya mengelakkan henti tugas LRA Semenyih dan tiada berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna.


"Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Negeri Selangor terpelihara," katanya lagi.


Hee berharap rakyat akan terus melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air agar insiden pencemaran dapat dielakkan.


Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air, katanya adalah tanggungjawab bersama.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page