top of page

LUAS ambil tindakan susulan atasi pencemaran bau di Sungai Kabul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 4, 2022
  • 2 min read


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan tindakan susulan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran air di Sungai Kabul, Selangor yang boleh mengakibatkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sebelum ini.


Menurut Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meningkatkan langkah-langkah mitigasi pencemaran di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.


"Pemantauan dan pensampelan statik LUAS juga dipertingkatkan kepada 2 lokasi iaitu di Sg. Beranang termasuk Sg. Kabul dan Sg. Semenyih selepas pertemuan Sg. Beranang.


"LUAS telah meletakkan 3 oil boom, 20 oil pad dan 5 beg AC di Sg. Kabul untuk meningkatkan pencegahan kepada pencemaran.


"LUAS juga telah mengeluarkan arahan kepada premis terlibat berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk mengalihkan apa-apa bahan pencemar yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai serta melaksanakan pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang. Pihak premis sedang melakukan pembersihan sump pit sepertimana prosedur yang ditetapkan dan pihak JAS juga telah mengeluarkan notis penahanan operasi kepada premis berkuatkuasa daripada 1 Mei 2022," kata Hee dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, pada jam 2.30 petang, air sungai kembali normal apabila ujian bau merekodkan bacaan 0 ton di LRA dengan konsisten 3 kali bacaan yang sama sehingga jam 3.30 petang.


Pihak Air Selangor di dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sg. Semenyih telah mula beroperasi pada jam 3.30 petang


Tegas beliau, Kerajaan Negeri Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan Enakmen LUAS 1999.


"Kerajaan Negeri Selangor dan LUAS menyeru kepada semua agar prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya, dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada LUAS untuk diambil tindakan segera," Hee lagi.


Sebelum ini beberapa kawasan terputus bekalan iar akibat henti tugas semenara LRA Semenyih.



Sisa pencemaran dibersihkan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page