top of page

LRA lambat siap: Kedah tidak kemuka permohonan kenaikan harga barang



Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pas-PN digesa tidak menuding kesalahan kepada pihak lain susulan masalah kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air di negeri itu.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, dakwaan pembangkang kononnya pembinaan Loji Rawatan Air di Kedah lambat kerana Kerajaan Persekutuan tidak melayan permohonan menaikkan harga barang projek di bawah Variasi Harga (VOP) adalah tidak berasas.


Menjawab dakwaan itu di Dewan Rakyat pada Selasa, beliau menafikan Kerajaan Persekutuan mahu menjadikan mana-mana pihak sebagai 'mangsa' dalam isu berkenaan seperti naratif dimainkan pembangkang, sedangkan kerajaan Kedah tidak mengemukakan Notis Perubahan (NOC) kepada kementerian setelah berlaku kenaikan kos melangkaui harga siling


"Kita nak projek ini dibuat dengan sebaik mungkin sehingga siap. Dakwaan itu (salah Kerajaan Persekutuan) adalah tidak betul. Permohonan VOP ini sebenarnya perlu dikemukakan oleh Kerajaan Negeri (Kedah) kerana dalam projek ini, Kerajaan Negeri adalah agensi pelaksana.


"Tidak timbul isu Kerajaan Persekutuan tidak mahu membenarkan VOP kerana VOP ini mohon dengan kerajaan Kedah sendiri. Peranan di peringkat pelaksana itu bila berlaku perubahan kos binaan, ikut syarat sebenarnya boleh kemukakan kepada agensi pelaksana sebab harga siling itu masih lebih tinggi.


"Tetapi bila kenaikan itu melangkaui harga siling projek, maka Kerajaan Negeri (Kedah) perlu mengemukakan NOC kepada kementerian


"Berdasarkan rekod kementerian sebenarnya belum lagi menerima sebarang permohonan NOC daripada kerajaan negeri (Kedah) untuk kedua-dua projek sakit ini. Jadi harap dapat membantu Yang Berhormat menerangkan keadaan sebenar di Kedah," katanya dipetik.


Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung isu perubahan skop projek apabila berlaku VOP.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page