top of page

LRA Kedah: Semua pihak perlu kerjasama noktahkan derita rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kelewatan penyiapan projek Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau, Kedah akan menyebabkan rakyat di negeri jelapang padi itu, khususnya di Sungai Petani akan menghadapi terputusnya bekalan air pada menghadapi musim kemarau sekitar Mac - Mei tahun ini.


Oleh itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari menyeru semua pihak agar bersepakat menanggani isu kelewatan projek menaik taraf LRA tersebut yang sepatutnya siap pada tahun ini.


Katanya, isu itu jelas memberi kesan buruk kepada nasib rakyat Kedah yang pada ketika ini berhadapan dengan krisis bekalan air bersih.


"Sekarang ini kita lihat musim kemarau sudah tiba, ia semestinya menjadi mimpi ngeri buat rakyat Kedah.


"Justeru, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat duduk sekali bekerjasama dalam isu ini," katanya di Dewan Rakyat pada sesi petang, semalam.


Bagaimanapun, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir atas lawatannya ke projek sakit tersebut sebagai tindakan susulan menanggani masalah berkenaan.


Dr Taufiq berharap Menteri Besar Kedah mencari jalan penyelesaian segera memandangkan Projek LRA Layang 2 di Johor dapat disiapkan meskipun kedua projek tersebut mempunyai persamaan garis masa dan menghadapi kenaikan kos bahan binaan.

Terdahulu, Akmal berkata kelewatan projek menaiktaraf LRA Bukit Selambau menjejaskan 80% penduduk Kuala Muda.


Justeru, pihaknya memaklumkan LRA Bukti Selambau mendapat lanjutan tempoh masa (EOT) hingga 26 Jun ini untuk disiapkan.


LRA Bukit Selambau merupakan projek Kerajaan Persekutuan, bagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah sebagai agensi pelaksana kerana kuasa ke atas sumber air berada di bawah Kerajaan Negeri Pas-PN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page