top of page

LRA di Kedah: Kerajaan Negeri gagal pastikan projek siap tepati waktu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 6, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meluahkan rasa kecewa ekoran kelewatan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau di bawah kendalian Kerajaan Negeri yang sepatutnya siap pada tahun 2023.


Tegasnya, isu pengurusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi serta kapasiti LRA yang tidak mencukupi mendapat reaksi kekecewaan daripada rakyat Kedah.


Susulan itu, Ahli Parlimen Johor Bharu tersebut tampil ke tapak berkenaan bersama wakil Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kontraktor bagi mengetahui perkembangan lanjut projek kendalian Kerajaan Kedah itu.


"Kami juga yang terpaksa masuk campur, kalau tengok nama tadi, pemilik projek itu Kerajaan Negeri. Sekarang ini saya memang nak berkerjasama.


"Bulan depan saya nak masuk parlimen, (jika) saya nak guna alasan lambat siap sebab Covid-19 orang pun akan marah," katanya sambil berkongsikan video di laman X akaun rasminya.


Menurut maklumat video tersebut, projek sakit itu perlu disiapkan segera bagi mengelakkan kesukaran rakyat Kedah menjelang musim kemarau yang bakal tiba dua tiga bulan ke hadapan.


"Bila dah mula musim kemarau ini saya rasa ada orang marah kepada saya. Jadi saya datang bukan untuk complaint sebaliknya untuk mencari penyelesaian," ujarnya lagi.


Untuk rekod, projek menaik taraf LRA di Bukit Selambau, yang sudah diberi lanjutan tempoh masa (EOT) sepatutnya siap tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal disiapkan.


Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja menaik taraf LRA di Bukit Selambau menyukarkan rakyat Kedah terutama pengguna air di daerah Kuala Muda.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page