top of page

LPPSA perlu kembalikan kemudahan bayaran balik tuntutan kepada penjawat awam



Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) perlu mengembalikan semula kemudahan bayaran balik tuntutan Fi Pejabat Tanah kepada pesara dan penjawat awam.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin, LPPSA tidak sewajarnya memilih untuk berdiam diri selepas kenyataannya menyentuh hal berkenaan dikeluarkan pada 14 Disember lalu.


Justeru, Aizuddin menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campurtangan demi mengembalikan semula hak pesara dan penjawat awam dalam kenyataan kedua beliau pada 6 Januari lalu.


"Saya difahamkan sikap berdiam diri LPPSA ini adalah kerana lembaga itu dijangka akan mengalami kerugian kewangan puluhan juta ringgit sekiranya Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 yang telah berkuatkuasa sejak dari 01 Oktober 2019 ditarik balik.


"Secara tegas, saya ingin membawa kepada pengetahuan LPPSA di bawah Kementerian Kewangan pimpinan Tengku Zafrul, jangan sesekali jadikan pesara dan penjawat awam sebagai mangsa apabila hak hak mereka yang dijamin (undang undang) telah dikhianati oleh LPPSA," katanya dalam kenyataan.


Aizuddin menegaskan bahawa Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 perlu ditarik balik bagi memberi keadilan kepada penjawat dan pesara kakitangan awam.


"Sekali lagi saya mengambil pendirian tegas bahawa Notis Makluman sewajarnya ditarik balik memandangkan saya dapati ada pelanggaran undang-undang dan ketidakpatuhan peruntukan unang- undang di bawah Akta 767 LPPSA 2015 dan Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [ Akta 828]


"Gambaran bahawa LPPSA yang selama ini adalah sebagai sebuah agensi yang boleh menjamin hak dan kepentingan penjawat awam hanya retorik dongeng semata-mata," katanya lagi.


Oleh itu, beliau turut tertanya tanya apakah Menteri Kewangan dan pegawai atasan dalam LPPSA sanggup mengkhianati pesara kerajaan dan penjawat awam yang menjadi tanggungjawab mereka untuk mengurusinya secara sebaik mungkin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page