Lonjak idealisme perjuangan, Napsiah tanding Timbalan Ketua Wanita KEADILAN



Prestasi tidak menentu KEADILAN dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri memerlukan perancangan semula strategi yang berkesan serta kepimpinan yang ideal dan diterima rakyat.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis @ Maharan, hal itu perlu dijadikan landasan utama bagi mengembalikan keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangka beberapa bulan ke hadapan.


"Sungguh pun parti dilihat berada di titik lemah dari persepsi sesetengah pihak namun demikian saya berkeyakinan fenomena ini hanyalah bersifat sementara atau ‘temporary set back’, saya berkeyakinan penuh KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) akan mampu ‘bounce back’ untuk memenangi hati rakyat.


"Saya berpendapat KEADILAN perlu kembali ke ‘drawing board’ menginsafi segala kelemahan dan seterusnya membaiki kepincangan dan menyediakan ‘blue print’ di atas landasan perjuangan yang jelas untuk melonjak idealisme perjuangan demi kemaslahatan rakyat dan negara.


"Asas untuk KEADILAN kembali menggamit keyakinan rakyat dan kembali melonjak idealisme perjuangan tentunya wajar bermula dari batang tubuh parti sendiri. Maka adalah menjadi tanggungjawab malah menjadi tuntutan memperkasakan parti," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Napsiah, dengan jumlah keanggotaan parti hampir 50% dari wanita beliau berkeyakinan penuh bahawa Wanita KEADILAN memerlukan syaf pimpinan yang kuat dan prihatin dengan denyut nadi rakyat.


Kepimpinan wanita, katanya, perlu bersedia membawa sayap itu dan parti ke tingkat yang lebih tinggi serta disegani kawan dan lawan berpegang kepada semangat berpasukkan.


Oleh itu, Napsiah menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Ketua Wanita KEADILAN bagi memantapkan perjuangan parti.


"Dengan latar belakang saya bergelumang dengan denyut nadi rakyat melalui NGO dan kerja-kerja politik sejak bermulanya gerakan reformasi, saya berkeyakinan besar boleh dan mampu memberikan sumbangan serta menjadi aset kepada parti.


"Setelah mendapatkan pandangan dari rakan-rakan seperjuangan seluruh tanahair dan mendapat ‘feedback’ yang menjadi semacam desakan kepada saya dari orang ramai, menginsafi bahawa menjadi tuntutan dan tanggungjawab saya bagi kembali melonjak idealisme perjuangan, saya dengan rendah diri menawarkan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER