top of page

Lokman kecam Dr Akmal Ketua Pemuda H20?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 21
  • 1 min read
ree

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh yang kontroversi kebelakangan ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati parti komponen Kerajaan Perpaduan turut tidak disenangi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar).


Beliau yang juga Pengarah Komunikasi UMNO mendakwa, Dr Akmal tidak bertindak mewakili kepentingan pemuda UMNO sebaliknya mungkin dipengaruhi pemimpin UMNO yang telah digantung keahliannya seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein (H2O).


"Akmal ini saya tak anggap sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi ketua pemuda H2O kerana agenda dia ialah nak menjayakan agenda H2O.


"Dia nak pastikan H2O menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Apa saja usaha yang boleh pecahkan hubungan BN dan PH ini, dia akan laksanakan," dakwa Lokman.


Beliau berkata demikian dalam rancangan audiosiar Nrchannel TV bertajuk "UMNO dalam Kerajaan Perpaduan: Cabaran, Peranan dan Halatuju".


Dalam wawancara itu Lokman turut menegur DAP yang katanya, tidak mengkritik Dr Akmal apabila pemimpin pemuda itu melakukan kesilapan tetapi mengkritik apabila beliau memperjuangkan isu kalimah Allah pada stoking, sedikit masa lalu.


Isu itu, katanya, menyebabkan Dr Akmal diterima umum dalam kalangan orang Melayu sebagai pembela isu berkaitan agama Islam sedangkan sebelumnya, kata Lokman, Dr Akmal tidak popular sama sekali.


"... kerana tindakan DAP inilah hari ini Akmal popular, kerana saya tahu 70% daripada populariti dia itu datangnya daripada orang Melayu yang pro-PN," katanya lagi.


Untuk rekod, H20 dirujuk sebagai pemimpin UMNO yang cenderung tidak sebulu dengan kepimpinan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan terdapat dakwaan cenderung ke arah membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page