top of page

Lokasi tanah runtuh Kemensah Heights kawasan bencana, bantuan segera diberikan



Kawasan perumahan Kemensah Heights di Hulu Kelang, Selangor diisytihar kawasan bencana dan peruntukan bencana daerah segera diberikan kepada mangsa tanah runtuh yang terjejas.


Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam lawatan ke kediaman mangsa tanah runtuh, semalam.


"Rumah nombor 8 kita dapati berlaku runtuhan (serius), keseluruhannya 3 lot banglo terkesan, iaitu nombor 8, nombor 6 dan 10.


"Saya berbincang tadi dan mengarahkan ketiga-tiga pemilik rumah ini mengosongkan (kediaman) sementara pihak berkuasa membuat kajian kebolehupayaan dan keselamatan tanah. Kita tak mahu sebarang kejadian tidak diingini berikutan runtuhan susulan.


"Runtuhan yang berlaku semalam juga menyebabkan laluan sungai di Sungai Kemensah tertutup, sebentar lagi pihak Jabatan Saliran dan Pengairan akan membuka kembali laluan air itu yang menyebabkan sedikit sekatan sungai," katanya dalam sidang media ketika melawat lokasi bencana.


Menurut MB lagi, terdapat 12 unit rumah town house yang terlibat. Keseluruhannya terdapat 27 keluarga mangsa yang terkesan


Tambah beliau, dua pusat pemindahan telah dibuka di dewan AU5 dan AU2. Namun sebahagian pemilik premis tinggal di rumah saudara mara atau rakan


Selain itu, pihak kerajaan negeri, katanya telah mengeluarkan peruntukan segera RM500 untuk mangsa sebagai bantuan kecemasan untuk urusan perpindahan sementara dan sebagainya.


Manakala bagi melakukan kajian struktur awal, pihak Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) memerlukan masa 2 hingga 3 hari membuat analisa sama ada kawasan tersebut selamat didiami.


"Keseluruhannya ada 27 keluarga yang terpaksa dipindahkan buat sementara waktu. Dan pihak negeri memanggil MTAS untuk menilai langkah susulan memberi bantuan dan keperluan lain


"Lokaliti ini bukan biasa berlaku runtuhan. Biasanya berlaku di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan sebagainya. Tempat ini kali pertama berlaku. Kita harus melihat struktur tanah secara menyeluruh.


"Lokaliti ini baru kali pertama. Mungkin MPAJ yang ada unit cerun boleh menambah kawasan ini untuk pemantauan," katanya lagi.


Menurut Amirudin lagi, walaupun unit persendirian yang mengalami bencana Kerajaan Negeri boleh mengatifkan unit bencana daerah. Sementara proses pemulihan akan melibatkan pihak pemilik premis dan kerajaan



0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page