top of page

Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI bertukar ke KLCC



Oleh: Akmal Manaf


Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI kini bertukar ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), berbanding perancangan asal untuk diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagaimanapun memaklumkan tarikh sambutan tetap dikekalkan iaitu dari 22 hingga 24 November ini.


"Ia (pertukaran lokasi) telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam mesyuarat hari ini.


"Antara lain (pertukaran lokasi) mungkin faktor lokasi dan ruang. Itu antara pertimbangan yang telah diberikan.


"Sudah pasti dalam masa terdekat ini kita akan mengumumkan program-program yang akan diadakan sempena sambutan itu," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.


Menurut Fahmi lagi, kemuncak sambutan itu adalah pada 23 November yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan barisan Jemaah Menteri yang lain.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page