top of page

Logo KEADILAN diturunkan daripada laman web Liberal International



Terbukti Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bukanlah anggota gabungan Liberal International (LI).


Hal itu disahkan di laman web organisasi berkenaan yang tidak lagi tertera logo dan nama KEADILAN pada senarai penyertaan parti parti politik dari Asia.


Sebelum ini, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil menafikan parti itu pernah menjadi anggota LI.


Katanya, sekiranya KEADILAN menjadi anggota maka parti itu perlu membayar yuran tahunan dan diundang ke mesyuarat tahunan pertubuhan tersebut.


Sehubungan itu, beliau membuat bantahan rasmi kepada LI yang berpengkalan di London dan mulai semalam tadi logo KEADILAN tidak lagi tertera di laman web pertubuhan berkenaan.


Fahmi semalam dipetik berkata, KEADILAN tidak menolak akan mengambil tindakan undang undang ke atas pihak yang membuat tohmahan mengaitkan parti itu dengan LI.


"Saya akan minta kawan-kawan terutamanya para peguam untuk mengambil kira tohmahan dan fitnah jahat yang dibuat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan PKR dengan Liberal International dengan niat yang jahat.


"Sekiranya ada keperluan, kita akan mengambil tindakan perundangan atau kita teliti perkara ini dan saya berharap semua menghentikan tohmahan itu," katanya.


Sementara itu, semakan terbaharu mendapati logo parti Gerakan yang menjadi komponen Perikatan Nasional (PN) masih tertera sebagai anggota LI di Asia diapit Cambodia National Rescue Party dan di bawahnya Civil Will-Green Party.


Tekanan kini berpindah kepada Gerakan untuk menafikan mereka mempunyai hubungkait dengan LI yang menyokong tindakan rejim Israel di Palestin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page