top of page

Logo kasut mirip kalimah Allah: Tindakan ke atas penyebar kandungan provokatif - MCMC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 8, 2024
  • 1 min read


Logo di tapak kasut yang mirip kalimah Allah telah tular sejak kelmarin di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi negatif dalam kalangan umat Islam Malaysia.


Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran keras agar pengguna media sosial tidak mengambil kesempatan sebagaimana isu stoking tertera kalimah Allah sebelum ini, untuk sengaja melakukan tindakan provokatif ke atas mana mana pihak.


Tegas MCMC, tindakan menyiasat telah pun dilakukan oleh kerajaan dan rakyat perlu bersabar menunggu proses selanjutnya.


"Susulan kenyataan oleh Meteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), MCMC menggesa mana mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"MCMC tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesematan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum," kata kenyataan itu.


Menurut MCMC, semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.


"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (kaum, agama dan raja), sebaliknya melaporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page