top of page

Lockdown lagi sekali, tapi status 150,000 laptop masih belum diketahui


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan status pemberian 150,000 laptop untuk pelajar yang dijanjikan kerajaan sebelum ini.


Beliau juga bertanya sama ada semua pelajar sudah mempunyai akses internet sewajarnya sebelum total lockdown dilaksanakan.


"Kita dah sampai hujung Mei. Esok mula total lockdown. Tapi hingga kini, kita tidak diberi sebarang pemakluman status pemberian 150,000 laptop, sama ada dari Dr Radzi Jidin atau Tengku Zafrul.


"Ini bukan sahaja meliputi status pemberian, tetapi sekolah-sekolah dari negeri mana yang terima. Dan adakah pelajar-pelajar telah dapat menggunakan termasuk bersama akses internet?" soalnya.


Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan apakah perancangan kerajaan untuk baki 1.7 juta pelajar yang masih belum ada peranti untuk mengikuti pembelajaran secara maya.


"Bagaimana mereka akan ikuti PdPR sepanjang semua fasa total lockdown kali ini?


"Bagaimana pula pandangan kerajaan terhadap pelajar-pelajar yang telah tercicir, hilang minat, atau tiada akses PdPR atau TV Pendidikan?


"Soalan-soalan yang tidak terjawab ini antara sebab mengapa Parlimen perlu buka sekarang. Di Parlimen, Menteri mesti jawab dan dipertanggungjawab," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page