top of page

LKIM salur RM28,000 bantu nelayan Kuala Perlis mangsa kebakaran

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 10 hours ago
  • 1 min read
Faiz (tengah) mengagihkan bantuan kepada nelayan mangsa kebakaran
Faiz (tengah) mengagihkan bantuan kepada nelayan mangsa kebakaran

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM28,000 kepada tiga ahli Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis yang terjejas akibat kebakaran pada 17 Mac lalu.


Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, ketiga-tiga penerima merupakan sebahagian daripada lima keluarga di Kampung Pulau Ketam yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tersebut.


"Dua nelayan, Razlee Abdul Rahman dan Roslin Musa masing-masing menerima RM11,000, manakala Che Saad Hassan menerima RM6,000," katanya dalam kenyataan.


Muhammad Faiz sebelumnya mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan kepada keluarga terlibat.

Sementara itu menurutnya, bantuan disalurkan menerusi Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan bagi meringankan beban mangsa.


Tabung berkenaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun dengan kadar maksimum RM10,000 bagi setiap nelayan yang layak.


Peruntukan bergantung kepada tahap kerosakan harta benda termasuk rumah serta peralatan menangkap ikan akibat bencana seperti kebakaran dan ribut serta keperluan semasa.

Media sebelum ini melaporkan, keterujaan lima keluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun untuk menyambut Aidilfitri lebur apabila kediaman dihuni lebih 50 tahun musnah terbakar.


Dalam kejadian itu semua rumah musnah terbakar berikutan kedudukan struktur terlalu rapat dan faktor angin kencang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Susulan kejadian itu, Kerajaan MADANI turut bersetuju membina rumah baharu bagi lima keluarga mangsa dengan kos RM80,000 bagi setiap unit sebagai langkah pemulihan jangka panjang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page