top of page

LKIM komited perkasa golongan nelayan muda



Golongan nelayan muda bakal diperkasa melalui peningkatan ilmu pengetahuan, produktiviti dan kelestarian industri perikanan di Malaysia.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, ia sebagai sebahagian komitmen agensi itu bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan.


Justeru jelasnya, beberapa inisiatif dirangka untuk meningkatkan produktiviti nelayan sehingga 30 peratus berbanding kaedah konvensional 25 peratus yang sedang diamalkan sekarang.


Bagi mencapai tujuan itu, LKIM akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) untuk mempelopori penghasilan ‘Big Data’ bagi membolehkan analisa dan maklumat yang lebih tepat dapat dikongsi dengan semua pihak yang terlibat.


"LKIM dan UMTJ akan memberi fokus terhadap aktiviti berkaitan latihan, pendidikan, perundingan komersial yang melibatkan pelbagai bidang termasuklah marin, maritim, teknologi kejuruteraan, perikanan, pertanian, perhutanan dan pengurusan alam sekitar.


"Maklumat terkini yang tepat dapat memastikan keselamatan nelayan terjamin di samping meningkatkan produktiviti dan hasil tangkapan mereka," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara LKIM dan UMTJ, di Kuala Nerus, Terengganu pada Isnin.


MoU itu ditandatangani Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir itu akan memberi fokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industri perikanan serta memperkenalkan penggunaan dron dan internet benda (IoT) terutama kepada golongan nelayan muda di negara ini.


Sementara itu, Pengerusi UMTJ, Datuk Dr. Din Adam berkata, perkongsian antara UMTJ dan LKIM adalah satu lagi langkah ke hadapan bagi memupuk inovasi, penyelidikan dan pendidikan dalam bidang teknologi digital.


"Kerjasama ini juga bertujuan memanfaatkan sinergi antara kepakaran industri dan kecemerlangan akademik, selain memperkasakan pelajar dan profesional untuk berkembang maju dalam era digital yang sentiasa berkembang," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page