top of page

LKIM jamin bekalan ikan mencukupi hingga Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17
  • 1 min read

Faiz (kiri sekali) menjamin bekalan ikan mencukupi untuk musim perayaan Aidilfitri akan datang
Faiz (kiri sekali) menjamin bekalan ikan mencukupi untuk musim perayaan Aidilfitri akan datang

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri akan datang.


Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil memaklumkan sehingga kini LKIM mempunyai lebih 10,000 tan metrik bekalan ikan yang disimpan di dalam peti sejuk beku.


"Kita tidak berdepan sebarang masalah menjelang Aidilfitri ini dan perkara sama kita telah buktikan pada musim Monsun Timur Laut lalu serta Tahun Baru Cina yang lalu.


"Apabila bekalan ikan mencukupi maka harganya akan terkawal dan lebih stabil. Jadi rakyat tidak perlu risau mengenai bekalan ikan," katanya dipetik.


Beliau menjelaskan, pihaknya menjalin kerjasama dengan semua Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) termasuk syarikat swasta bagi memastikan simpanan bekalan ikan mencukupi.


Terdahulu pada acara itu Faiz menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan (touch point) iaitu enjin sangkut 30 kuasa kuda kepada empat penerima kepada nelayan di Tebing Tinggi bernilai RM 60,000.

Turut diraikan seramai 60 nelayan asnaf serta 70 anak nelayan yang turut menerima bantuan zakat bernilai RM19,000.


PNK Negeri Perak turut menyampaikan sumbangan zakat kepada setiap PNK dalam negeri Perak bernilai RM72,000.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page