top of page

LKIM jamin bekalan ikan mencukupi di musim monsun



Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan untuk pasaran tempatan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).


Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pihaknya sebagai persediaan awal menghadapi monsun yang diramal bermula bulan depan hingga Mac tahun hadapan.


Antara langkah itu termasuklah mendapatkan bekalan ikan dari negeri atau kawasan yang tidak terjejas sekiranya monsun melibatkan Pantai Timur Semenanjung.


"LKIM juga ada menyediakan ikan sejuk beku yang disimpan menggunakan teknologi penyejukbekuan Individual Quick Freezing (IQF).


"Ini adalah teknologi pemprosesan yang menjamin kesegaran ikan di mana ikan-ikan itu akan dijadikan stok penimbal dan sedia untuk dipasarkan kelak," katanya dipetik.


Muhammad Faiz turut memberitahu sebanyak 90 tan metrik bekalan ikan IQF disimpan dalam bilik sejuk beku milik LKIM ketika ini.


"Selain itu, rakan dagang kita iaitu pihak swasta yang bekerjasama dengan kita juga mempunyai simpanan berjumlah 1,600 tan metrik," tambahnya dalam sidang akhbar di Kompleks Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, di Johor Baharu pada Sabtu.


Selain itu jelasnya, LKIM juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membeli ikan tambahan bagi memastikan bekalan produk itu mencukupi dalam tempoh berkenaan.


Beliau sebelumnya menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Negeri Johor


Turut hadir, Pengarah LKIM Johor, Intan Suhaila Othman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan, Azli Mohd Aziz.

Pada program itu, seramai 68 nelayan di bawah PNK Johor Selatan menerusi bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan, Insentif dan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point).

"Bantuan ini bertujuan meningkatkan pendapatan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan selain menambah kecekapan serta kemahiran mereka ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan," jelasnya.


Tambah beliau lagi, pihaknya berharap nelayan tempatan akan bersikap lebih proaktif dalam memodenkan teknik penangkapan dengan menguasai teknologi perikanan terkini.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page