top of page

LKAN: Pembaziran ventilator RM13.07j perlu dipertanggungjawabkan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 7, 2023
  • 2 min read


Pembangkang enggan masuk ke Dewan Rakyat semalam sewaktu sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 mungkin risau kelemahan mereka sepanjang menjadi Kerajaan Persekutuan tahun lalu terdedah.


Menurut Ahli Parlimen Lee Chean Chung (PH - Petaling Jaya) terdapat pembaziran yang menjolok mata berlaku pada era pemerintahan PN - BN sewaktu pendemik Covid 19 melanda negara, iaitu pembelian mesen membantu pernafasan (ventilator) yang tidak mengikut keperluan perubatan.


"Pembaziran ventilator sebanyak RM 13.07 juta adalah kerugian yang besar. Ventilator yang diterima tidak memenuhi keperluan dan tidak selamat untuk digunakan oleh pesakit.


"Hanya sebahagian kecil daripada jumlah ventilator yang boleh digunakan dengan selamat, manakala sebahagian besar yang lain tidak memenuhi standard keselamatan.


"Juga terdapat kelewatan dalam menyelesaikan masalah vaksin yang telah luput tempoh. Sebanyak 1.10 juta dos vaksin telah tamat tempoh setakat bulan April 2022, tetapi tiada penyelesaian yang jelas dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketidaktentuan ini menyebabkan pembaziran sumber yang berharga.


"Kedua-dua isu ini menunjukkan kekurangan dalam pengurusan dan pengawasan sumber kesihatan oleh pihak KKM," katanya dalam perbahasan sesi petang.


Beliau juga menimbulkan isu aplikasi MySejahtera sebagai perintis rekod kesihatan elektronik (EMR) yang mengandungi 15 modul untuk kegunaan masa depan, seperti fungsi temu janji rawatan.


Katanya, laporan audit menunjukkan kekurangan dalam pengurusan akaun individu aplikasi itu, contohnya pemegang akaun yang telah meninggal dunia.


Walaupun dinyatakan MySejahtera tidak mempunyai integrasi dengan sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), beliau berpendapat amat penting untuk MySejahtera sebagai satu aplikasi jangka masa panjang dirangkaikan dengan pengkalan data JPN.


"Masalah kepercayaan data dan ketepatan tarikh juga menjadi perhatian. Jika rekod kesihatan vaksinasi untuk bayi dilaksanakan secara meluas pada masa depan, Laporan Ketua Audit negara menunjukkan pengurusan data rekod kesihatan masih kurang berkesan dan memuaskan.


"Usaha untuk menyempurnakan aplikasi MySejahtera penting untuk menangani isu keselamatan sistem kerana terdapat banyak scam case yang berkaitan dengan kebocoran informasi kad pengenalan (IC) dan nombor telefon, tetapi kebocoran oleh

superadmin tidak dijelaskan dengan terperinci, dan ini menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan.


"Oleh sedemikian, untuk mengelakkan masalah berulang lagi, saya mencadangkan agar MySejahtera menjalankan housekeeping dan menghapuskan akaun yang berkaitan dengan individu yang telah meninggal dunia bersama dengan JPN," katanya.


Selain itu, Chean Chung menyarankan laporan audit menggunakan kaedah perakaunan akruan bagi mengganti kaedah perakaunan tunai (cash accounting).


Katanya, perakaunan akruan mengiktiraf dan merekodkan urus niaga pada masa urus niaga berlaku. Semua aset dan liabiliti juga diperakaunkan di bawah perakaunan akruan. Semua urus niaga tersebut dilaporkan di penyata kewangan bagi tempoh tahun kewangan yang sama.


"Kaedah perakaunan akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi Kerajaan yang lebih tepat dan telus.


"Cadangan pelaksanaan perakaunan akruan adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi, pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) dan inisiatif SRI Public Finance.


"Selepas itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) boleh mengeluarkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) yang berasaskan International Public Sector Accounting Standard (IPSAS).


"Perakauanan yang baik akan menjurus kepada audit yang baik, dan seterusnya membawa kepada pengurusan kewangan yang baik," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page