top of page

Liputan 5G 80%, tahun lepas 38.7%, peningkatan 2,400% - Fahmi



Liputan spektrum 5G sehingga 80% pada waktu ini bukanlah satu pencapaian semalaman atau boleh dilakukan dengan mudah.


Bagi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pencapaian tersebut perlu dianggap sebagai kejayaan kerja keras semua pihak yang mahukan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan terbaik dalam tempoh segera dan dengan harga berpatutan.


Katanya, pada waktu beliau mengambil alih jawatan Menteri Komunikasi dan Digital pada Disember 2023, capaian 5G waktu itu sekitar 38.7% sahaja.


"Tahun lepas, saya fokus untuk pastikan liputan 5G cecah 80 %. Bukan satu perkara yang mudah kerana masa saya ambil alih, liputan 5G baru mencecah 38.7%.


"Alhamdulillah, setakat 31 Disember tahun lepas, kita berjaya capai 80.2% liputan 5G.


"Dalam masa sama, tak guna juga kalau liputan 5G meningkat, tetapi pengguna 5G masih rendah. Semasa saya ambil alih, pengguna 5G hanyalah sekitar 400 ribu orang," katanya di Facebook.


Beliau memberitahu, pada peringkat awal tidak banyak rakyat yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut kerana tidak semua syarikat telekomunikasi (telco) menawarkan 5G.


Selain itu, katanya, terdapat caj tambahan untuk menggunakan 5G. Harga data 5G dan telefon yang boleh menerima gelombang berkenaan juga agak mahal.


Oleh itu, kata Fahmi, beliau kemudiannya mengambil inisiatif berunding dengan semua telco untuk mereka menawarkan 5G pada kadar berpatutan.


"Mulai 15 Ogos 2023 semua telco setuju. Tiada lagi caj tambahan untuk 5G.


"Saya perkenalkan Pakej 5G RAHMAH iaitu data 60GB dengan hanya RM60 maksima

"Juga Pakej 5G RAHMAH berupa telefon 5G hanya RM240," katanya.


Setelah semua itu diperkenalkan, kata Fahmi, pengguna pakej 5G mencatatkan lonjakan dan mencanak ke angka 10 juta pengguna.


"Sehingga Januari 2024, kita telah capai lebih 10 juta pengguna 5G. Ini merupakan lonjakan sebanyak 2,400% dalam tempoh 14 bulan.


"Kita usaha untuk naikkan lagi jumlah pengguna 5G tahun ini," katanya.


Beliau berkongsi kejayaan luar biasa kementeriannya semalam bagi menguatkan azam untuk mencapai penggunaan 5G lebih meluas dalam kalangan rakyat tahun ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page