top of page

Liputan 4G, 3G, 2G Menteri Pendidikan arah tanya Kementerian Komunikasi



Menteri Pendidikan Radzi Jidin enggan menjawab persoalan mengenai akses internet terutama di luar bandar yang mendapat capaian 4G, 3G dan sebagainya dalam menentukan jumlah pelajar yang boleh menjalankan pendidikan secara atas talian dengan baik.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) bertanya, dengan pelbagai program yang diwujudkan kerajaan berapa peratuskah kawasan mendapat liputan yang sesuai untuk dijalankan PdPR.


"Saya harap jawapan lebih jelas capaian internet. Kerajaan ada rangka tindakan ekonomi malaysia, MyDigital, tujuannya nak tingkatkan infra digital, kemudian lahir Jendela, Pelan Jaminan Digital Negara.


"Jawapan menteri ini akan didengar oleh rakyat termasuk di luar bandar. Kita ada 12,000 sekolah bandar dan luar bandar. Bolehkah menteri jelaskan langkah komprehensif yang kementerian ambil untuk tingkatkan capaian dengan memberi maklumat di negara kita, menikmati perkhidmatan 4G berapa peratus, 3G berapa peratus, menikmati 2G berapa peratus?" katanya.


Bagaimanapun, Radzi menjawab skop Kementerian Pendidikan adalah ke atas akses internet di sekolah, sebaliknya isu capaian perlu ditanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.


Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun turut menegur soalan yang kurang spesifik untuk Kementerian Pendidikan.


Namun Saifuddin menjelaskan, perlunya ada satu gerak kerja menyeluruh antara kementerian dalam isu capaian internet tersebut.


"Saya faham, saya pernah jadi Ahli Parlimen sejak 2008. Isunya adalah tugasan bersimpang siur dan bertindih. Kementerian Pendidikan tak boleh define wilayah dia, seolah-olah itu wilayah (kementerian) komunikasi, ini wilayah (kementerian) luar bandar. Mesti ada satu usaha yang bersapadu, tak boleh terangkan dari sudut limitasi," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page