top of page

Lima tahun perkhidmatan 112 projek rakyat di Kadun Batu Uban



Selama 5 tahun Kadun Batu Uban, Kumaresan Arumugam berkhidmat kepada rakyat sebanyak 112 projek pembaikan dan naiktaraf telah berjaya dilakukan untuk pengundi di DUN berkenaan.


Menurut Kumaresan, Pusat Khidmatnya telah merespons setiap masalah penduduk dan memohon peruntukan Kerajaan Negeri untuk proses pembaikan atau naiktaraf.


"Untuk projek naiktaraf laluan pejalan kaki, bahu jalan dan membaiki longkang sebanyak RM18.1 juta (dibelanjakan) untuk 67 projek dan telah berjaya dilaksanakan


"Untuk tabung penyelenggaraan makmimum 80% Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya telah berjaya membawa RM8.2 juta untuk 45 projek sejak tahun 2018 - 2023.


"Kita telah berjaya menaiktaraf lif, membantu membaiki tangki air dan juga mengecat bangunan rumah kos rendah," katanya dalam satu siaran media.


Beliau memberi contoh khusus kepada flat Taman Bukit Jambul yang dinaiktaraf dengan peruntukan RM800,000 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.


Kerja naiktaraf di sana, katanya membina trek jongging, alatan senaman dan juga pentas untuk kemudahan komuniti setempat.


"Kita telah sampai ke hujung penggal 5 tahun khidmat saya di kawasan Kadun Batu Uban ini


"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan penduduk yang selama ini beri sokongan kepada saya," katanya sesuai dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan pilihanraya yang akan diadakan pada bulan Ogos ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page