top of page

LIMA '25: Kerajaan cadang tambah ruang pameran statik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara berkaitan Penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) termasuk penambahan ruang bagi pameran statik acara berkenaan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain penambahan ruang untuk pameran statik, kerajaan juga cakna dengan cadangan penambahbaikan daripada pihak penganjur.


''Ada beberapa perkara yang Jemaah Menteri sedang teliti termasuk usaha untuk menambah ruang bagi pameran statik.


''Selain itu, (kerajaan juga akan memperhalusi) beberapa penambahbaikan yang dimohon daripada pihak penganjur agar LIMA pada edisi akan datang akan dapat dilaksanakan dengan lebih meriah dan berjaya,'' katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini,


Dalam perkembangan sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyebut tentang kejayaan penganjuran LIMA kali ini.


''Dalam mesyuarat hari ini, Datuk Seri Anwar telah menyentuh mengenai kejayaan penganjuran LIMA di Langkawi.


''Beliau dan timbalan-timbalan juga telah bersama dalam perasmian (acara itu) di Langkawi,'' katanya lagi.


Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) bermula pada 20 Mei dan berlanjutan sehingga Sabtu ini, 24 Mei 2025.


LIMA'25 merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan pada inovasi serta peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.


Bertemakan "Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan", LIMA'25 berlangsung di Langkawi, Kedah dan merupakan pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page