top of page

Lim Kit Siang cadang tubuh kerajaan PH - PN - Blok Borneo



Pakatan Harapan (PH) sejak malam tadi berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Blok Borneo bagi melepasi bilangan 111 kerusi parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu


Bagaimanapun tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan ditubuhkan bersama gabungan PN yang suatu ketika masing masing pernah berkerjasama dengan PH dan mengenepikan Umno BN yang dibebani isu rasuah.


"Malaysia kini berada dalam era baharu politik gabungan. Saya cadang kerajaan gabungan PH (82), PN (73), dan Blok Borneo (35) di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah gabungan bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah


"Malaysia mempunyai sebuah Parlimen tergantung selepas pengundian dalam PRU15 semalam," katanya dalam satu kenyataan.


Asas kepada idea tersebut, kata Kit Siang, ialah bilangan kerusi 2/3 majoriti yang memudahkan sebarang pindaan undang undang bagi mengembalikan hak hak rakyat di Borneo berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang masih tergantung pindaan beberapa perkara.


Manakala kepada pemimpin Umno pula, beliau menyarankan pemimpin veteran dalam parti itu untuk berundur dan membenarkan parti mereformasikan dirinya.


"Gabungan Umno BN telah menyaksikan kekalahan terburuknya dalam sejarah dan Zahid Hamidi patut meletakkan jawatannya sebagai Presiden Umno BN dan memberi ruang untuk parti itu kembali kepada prinsip asal pembinaan negara yang dipegang oleh empat orang Presiden terawal Umno dan tokoh-tokoh negara seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Dr Lim Chong Eu, dan V.T. Sambanthan," ujarnya.


Selain itu, beliau juga terkilan kerana tokoh politik veteran seperti Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah tetap mahu bertanding biar pun beliau telah menasihatkan sebaliknya.


"Sekiranya mereka dengar nasihat saya, mereka pastinya akan dapat mengelakkan kejadian memalukan (kalah) semalam.


"Saya telah mulakan perjalanan politik saya 57 tahun lepas dalam hari-hari hegemoni Umno, di mana keretakan kecil sudah menjadi satu krisis nasional.


"PRU 15 semalam mungkin kelihatan seperti satu bencana untuk Malaysia, tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai pemangkin untuk Malaysia menjadi sebuah negara normal, yang hebat dan bertaraf dunia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page