top of page

Lim Kit Siang cadang kabinet perang lawan Covid 19, PM, TPM dari blok politik berbeza


Kebuntuan politik untuk melantik Perdana Menteri (PM) tanpa melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan terdapat pula blok Gabungan Parti Sarawak yang lebih suka berkecuali, mungkin akan menatijahkan ketidakstabilan pemerintahan serta tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada perang melawan Covid 19


Sehubungan itu, supremo DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar dibentuk kerajaan perpaduan dengan 'kabinet melawan Covid' yang terdiri daripada blok kerajaan serta blok pembangkang.


"Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan PM, seorang boleh dilantik sebagai PM dan seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membentuk kabinet perang yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum PRU ke-15 dalam masa 18 bulan.


"Kabinet Perang tersebut perlulah mencerminkan perpaduan Parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang kalah selama 20 bulan dengan wabak Covid-19 dengan membawa dasar-dasar dan strategi baharu untuk mengawal wabak ini, dan mengembalikan harapan, keyakinan serta kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan “keseluruhan masyarakat”," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, hal itu perlu dilakukan memandangkan pergolakan politik hanya menyebabkan jangkitan Covid terus mencatat angka tertinggi baharu sehingga 22,000 kes semalam.


Hal itu, katanya perlu ditangani oleh pasukan pentadbiran yang tidak terlalu berpolitik dan sesuai dengan amanat Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan bersama pemimpin utama politik kelmarin, yang mahukan satu gagasan baharu politik dilaksanakan demi kesihatan rakyat.


"Kita mengatasi kedudukan Kanada dan kini berada di tempat ke-25 dengan jumlah kes tertinggi di dunia, sedangkan 12 bulan yang lepas kita berada di tempat ke-89.


"Semasa Malaysia mengisytiharkan darurat pada 11 Januari untuk memerangi wabak ini, kita mencatatkan sejumlah 138,224 kes dan 555 kematian akibat Covid-19.


"Hari ini, kita mempunyai 1,466,512 kes dan 13,302 kematian akibat Covid-19, satu situasi yang kini berada di luar kawalan dengan 10 kali ganda lebih banyak kes dan 24 kali ganda lebih banyak kematian berbanding semasa darurat diisytiharkan.


"Sekarang adalah antara masa yang paling kelam dalam sejarah negara. Kita perlu menghentikan pendarahan negara kita ini dan mencari penyelesaiannya. Sebuah Kabinet Perang dan Parlimen Perang adalah salah satu penyelesaian kepada masalah seperti ini," katanya lagi.


Tambah Kit Siang, Parlimen perang sangat perlu untuk membentuk jawatankuasa-jawatankuasa khas bagi memantau keberkesanan strategi melawan Covid dan seterusnya pemulihan ekonomi negara menjelang PRU ke 15.


"Parlimen perang ini perlulah membentuk perpaduan negara memerangi wabak Covid-19 dengan Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan di dalam pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, bukan sahaja untuk memerangi Covid-19 tetapi juga menyediakan negara kita untuk pemulihan ekonomi dan kehidupan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, di mana Malaysia menjadi satu “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.


"Kabinet Perang dan Parlimen Perang ini perlulah dibentuk di atas batu asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik dan juga penghormatan kepada hak asasi manusia," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page