top of page

'Lihat calon PM pembangkang, mengapa tiada nama Azmin Ali?'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15
  • 1 min read

ree

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq (gambar), menyindir kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang baru-baru ini mendedahkan lima nama calon Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya mengambil alih Putrajaya.


Senarai tersebut merangkumi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


"Saya termenung, murung dan tertanya-tanya… bagaimana negara kita akan berlayar dengan lebih baik selepas ini melihat calon Perdana Menteri yang disenaraikan oleh saudara Afnan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Iman secara sinis menambah, "Tak mengapa saudara Afnan, berangan itu percuma. Tapi saya nak tanya, kenapa tiada nama Azmin Ali dari Bersatu?"


Beliau mempersoalkan mengapa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang menurutnya mempinyai cita cita tinggi menjadi Perdana Menteri sejak menyertai Bersatu, tidak dimasukkan dalam senarai tersebut walaupun memainkan peranan penting dalam menggerakkan parti.


"Beliau menggerakkan parti Bersatu dengan semangat, melaksanakan kerja-kerja dari lapangan hingga ke pejabat, susun atur jentera dan pelbagai lagi. Alih-alih, tiada dalam senarai Perdana Menteri dari parti gabungan mereka sendiri," sindirnya.


Iman turut membangkitkan persoalan sama ada keputusan itu satu bentuk pengkhianatan atau petanda bahawa Azmin 'langsung tidak ada fungsi dan nilai tambah' dalam PN.


"Malang sungguh nasib Azmin," katanya menutup kenyataan.


Bercakap dalam program audio siar Harakah Daily Dari Jalan Pahang, Afnan menamakan lima calon PM daripada PN jika pembangkang menang PRU akan datang.


Bagaimanapun tiada nama Azmin Ali, tokoh perancang strategi yang berjaya mewujudkan kerajaan PN pada 2020 lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page