top of page

‘Lighad’: Tidak faham bukan alasan Eric See-To lepas tangan - ABIM

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
14 hours ago
1 min read

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak pempengaruh media sosial, Eric See-To atau Lim Sian See membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang mempermain ungkapan daripada ayat suci al-Quran.


Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan, bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu juga wajar menarik balik komen yang mengaitkan perkataan 'lighad' dengan 'liwat' sebagai sindiran politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

"Jika tidak memahami al-Quran, bertanyalah dan pelajarilah. Jangan jadikan kitab suci umat Islam sebagai bahan ejekan politik.


"Apabila kesilapan telah ditunjukkan, adab menuntut keberanian untuk mengakuinya dan membetulkannya," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad Fahmi, ketika pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri telah membacakan ayat 18 Surah al-Hashr serta memperincikan maksud ungkapan ‘lighad’ iaitu ‘untuk hari esok’.


Justeru, alasan Eric yang mendakwa tidak memahaminya tidak boleh melepaskan beliau daripada tanggungjawab untuk membetulkan kesilapan tersebut, memandangkan sumber dan konteks ungkapan berkenaan telah pun dijelaskan secara jelas.


"Keghairahan menyerang lawan politik tidak boleh menjadi alasan untuk mempermainkan ungkapan daripada ayat suci al-Quran.


"Sebelum ini, kenyataan Eric mengenai istito’ah dalam ibadah haji turut menimbulkan persoalan tentang penghormatan terhadap prinsip agama," ujarnya.


Justeru beliau mengingatkan semua pihak bahawa hak mengkritik pemimpin mesti disertai tanggungjawab menjaga kehormatan agama.


Pendirian itu tegasnya terpakai kepada semua pihak tanpa mengira kedudukan atau kecenderungan politik.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page