top of page

Liga Muslim terus berperanan aktif dalam pendidikan, keusahawanan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 7, 2024
  • 2 min read


Liga Muslim yang amat bersejarah kepada perjuangan umat Islam di negara ini terutama di sebelah utara Semenanjung perlu diperkukuhkan dalam mendepani arus cabaran global ke atas Islam.


Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim berpesan agar Liga Muslim Pulau Pinang yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam perjuangan kemerdekaan tanah air terus berperanan memajukan umat Islam pada era teknologi maklumat ini.


"Saya menyeru agar Liga Muslim terus berperanan aktif dalam pendidikan, budaya, sejarah, dan keusahawanan, terutamanya dalam mendepani cabaran di era digital.


"Saya telah mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk memperkukuh latihan dan inisiatif keusahawanan bagi tujuan memberi latihan keusahawanan kepada anak-anak muda Liga Muslim Pulau Pinang," katanya dalam catatan di Facebook.


Sebelum itu Anwar berkata, kehadirannya dalam Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-70 Liga Muslim Pulau Pinang malam tadi amat baik dengan lebih 2,000 kehadiran melibatkan beberapa NGO Muslim dari seluruh Malaysia.


Majlis Makan Malam Liga Muslim Pulau Pinang dihadiri 2,000 tetamu dari seluruh negara

Ujarnya, banyak sumbangan daripada Liga Muslim kepada masyarakat di negara ini terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan agama.


Malah kata beliau, Liga Muslim pada tahun tahun awal perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu pernah berhasrat untuk bergerak sebagai wadah dan wahana politik orang Islam.


"Justeru, di bawah kepemimpinan tokoh dan pemuka perjuangan seperti Syeikh Alauddin dan ‘Uncle’ S.M. Idris antaranya, Liga Muslim terus keras dan tegas memainkan penting dalam memperjuangkan pelbagai isu yang merundung umat, termasuk membantu keluarga mangsa Perang Bosnia dan kekal teguh memperjuangkan nasib rakyat Palestin.


"Sejarah Liga Muslim (Pakistan) juga terpacul dari ketokohan nama-nama seperti pemikir dan penyair Allama Muhammad Iqbal serta pendiri negara bangsa Pakistan Muhammad Ali Jinnah yang menegaskan kepentingan mempertahankan identiti, keadilan, dan kebenaran," katanya.


Anwar yang cukup terkesan dengan puisi Iqbal dalam perjalanan perjuangan politiknya berkata, puisi Iqbal membangkitkan semangat juang, serta pidato bersejarah Jinnah pada tahun 1947 yang menyeru kepada kebebasan dan maruah rakyat terus membakar semangat serta roh perjuangan bangsa.


PM berharap Liga Muslim Pulau Pinang terus menjadi pertubuhan yang dinamik dan menjadi pemangkin ke arah kebaikan ummah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page