top of page

Libatkan pekerja gig dalam Suruhanjaya Pekerja Gig

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read


Suruhanjaya Pekerja Gig yang diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 lalu mampu meningkatkan imej kerajaan di mata pekerja ekonomi gig di Malaysia.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Ikmal Syarin berkata, penyelesaian masalah pekerja gig sekiranya berjaya dilakukan oleh Kerajaan Madani akan menaikkan imej yang membezakan di antara Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional yang hanya pandai berslogan.


"Saya memahami kesusahan rider yang saban hari berpanas hujan untuk bekerja.


"Saya berharap agar PM mempercepatkan usaha ini kerana masaah ekonomi gig ini telah berlaku sejak bertahun dahulu.


"Penyelesaian masalah ini akan menguntungkan banyak golongan tertindas. Banyak lagi isu populis boleh diselesaikan memandangkan ia boleh menjadi bech mark kepada usaha kerajaan (menyelesaikan masalah rakyat)," katanya dalam perbahasan di Konvensyen Penerangan KEADILAN Pusat di Saujana Hotel, Subang hari ini..


Beliau yang juga salah seorang pekerja gig, sebagai rider, berharap kerajaan akan melantik wakil pekerja gig untuk turut serta dalam suruhanjaya tersebut bagi memudahkan lagi suruhanjaya berkenaan menyelami keperihan para pekerja tersebut.


"Saya mencadangkan pekerja gig (diberi tempat) dalam suruhanjaya tersebut. Mereka boleh mengutarakan pendapat bersandarkan pengalaman mereka sendiri," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page