top of page

Libatkan 7,000 pengamal perubatan swasta dalam proses suntikan vaksin Covid - MPP KEADILAN


Peningkatan jangkitan Covid 19 ke tahap 9,000 kes sehari memerlukan pengembelengan semua pihak dalam proses melawan virus maut berkenaan.


Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang bermesyuarat hari ini mendesak agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) melibatkan pengamal perubatan swasta dalam proses penyuntikan vaksin Covid 19 secara besar-besaran bagi mendapatkan imuniti berkelompok dalam kalangan rakyat Malaysia.


"(Untuk menyegerakan proses suntikan) klinik-klinik serta 7,000 pengamal perubatan am swasta perlu diberi kebenaran, tanpa proses tambahan yang panjang atau rumit, untuk turut terlibat dalam program pemberian vaksin.


"Kerajaan Persekutuan mesti menggembleng seluruh kekuatan masyarakat (whole of society approach) dengan mempermudah penglibatan lebih banyak pihak, bukan dengan meletakkan syarat atau proses yang memakan masa terlalu lama (dalam mendapatkan kelulusan)," kata kenyataan MPP KEADILAN yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi parti, Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, selain hal suntikan vaksin, mesyuarat yang diadakan secara atas talian itu juga mengesyorkan supaya kerajaan PN menyegerakan proses pemerolehan vaksin yang terlalu lembab ketika ini.


"Perlu disegerakan perolehan vaksin agar lebih ramai rakyat Malaysia dilindungi dari wabak Covid dan imuniti kelompok dapat dicapai lebih awal. Kadar perolehan vaksin sedia ada adalah amat tidak memuaskan dan mesti ditambahbaik secepat mungkin.


"Selain itu, Kerajaan Persekutuan perlu segera melulus dan membenarkan Kerajaan-Kerajaan Negeri membuat perolehan vaksin serta melaksana program pemberian vaksin bagi meningkatkan kadar vaksinasi negeri tersebut.


"Sebagai contoh, berdasarkan data dari JKJAV sehingga 28 Mei lalu, jumlah penerima vaksin dos pertama di Selangor hanyalah 7.7% dari jumlah yang mendaftar, iaitu kadar terendah di antara semua negeri. Keadaan ini perlu diperbetul segera dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, bukan dengan Kerajaan Persekutuan memonopoli segala usaha perolehan dan pemberian vaksin," kata beliau lagi.


MPP KEADILAN juga, kata Fahmi, turut mengambil maklum akan nasib rakyat marhaen sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang mungkin berlanjutan melebihi dua minggu dalam melandaikan keluk jangkitan Covid.


Justeru, MPP menekankan agar kerajaan PN menetapkan sejumlah amaun bantuan kepada rakyat sebagaimana yang diberi sepanjang PKP 1.0 pada Mac tahun lalu.


"Kerajaan Persekutuan perlu mengumumkan siri bantuan untuk rakyat, khususnya golongan B40, M40, serta sektor-sektor ekonomi termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas akibat penutupan penuh (full lockdown) bermula 1 Jun ini.


"Ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat amnya dan pekerja khususnya dijamin, manakala perusahaan dan perniagaan turut dilindungi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page