top of page

Li Chun inspirasi masyarakat Cina kekal perpaduan , harmoni



Hari peringatan Li Chun setiap tahun disambut oleh diaspora Cina seluruh dunia untuk menyantuni kehadiran musim bunga.


Tahun ini Li Chun jatuh pada 4 Februari dan ia merupakan Perayaan Tahun Baru Musim Bunga (Spring Festival).


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, perayaan Li Chun merupakan hari yang sangat istimewa bagi masyarakat Cina kerana melambangkan pembaharuan kehidupan dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Katanya, pengamal feng shui percaya Li Chun merupakan hari yang paling baik untuk menentukkan lokasi pergerakan arus kosmik (qi) sepanjang tahun akan datang.


"Meskipun sambutan datang dari negara China, namun Li Chun di Malaysia lebih dipandang penting berbandingkan dengan negara lain. Pada hari yang baik ini, terdapat beberapa kepercayaan yang diikuti oleh masyarakat Cina Malaysia untuk mempelawa berkat.


"Pada hari ini juga, masyarakat Cina percaya nasib baik bakal menyusul dengan menyantap 'spring roll' atau popia dan menyeimbangkan telur di atas permukaan rata.


"Dipercayai pada hari ini, kedudukan telur berdiri dengan menegak akibat graviti kedudukan matahari dan bumi," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, tambah Andre Lai, ritual tersebut dilakukan atas kepercayaan masing-masing tetapi ia adalah cara masyarakat Cina Malaysia menunjukkan rasa syukur untuk tahun lalu dan rasa optimis untuk tahun yang baharu.


"Ia adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita kepada satu sama lain, dan untuk mengukuhkan hubungan kita. Ia adalah hari untuk mengucapkan kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan kepada satu sama lain.


"Semangat ini sebenarnya mencerminkan kentalnya masyarakat Cina Malaysia untuk menghadapi segala cabaran. Ia adalah hari untuk merayakan perpaduan dan kepelbagaian sebagai rakyat.


"Masyarakat Cina yang telah sebati dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan sentiasa dalam pembaharuan untuk mendapatkan yang terbaik untuk mereka, tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan mahupun latar belakang kepercayaan," katanya.


Menyambut Li Chun, kata Andre Lai, KEADILAN Wangsa Maju dalam program jelajah Tahun Baharu Cina telah mengagihkan kertas berkat 'chunlian' dan acara 'lousang' bersama komuniti setempat


Beliau juga, katanya telah memuatnaik video ucapan sambutan Tahun Baru Cina pada hari Li Chun


Ucapan itu boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo


Beliau mengharapkan agar Tahun Naga pada tahun baharu kali ini membawa Malaysia Madani penuh kelimpahan rahmat dan berkat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page