top of page

Letupan gas: Rumah rosak dapat bantuan segera RM5,000-RM2,500 - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 1
  • 2 min read


PM DS Anwar meninjau kebakaran saluran paip gas petang tadi di Putra Heights. Foto Afiq Hambali/PMO
PM DS Anwar meninjau kebakaran saluran paip gas petang tadi di Putra Heights. Foto Afiq Hambali/PMO

Kerajaan menyediakan bantuan segera kepada mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah segera diambil untuk memberi bantuan kewangan kepada mangsa yang kehilangan harga benda.


"Untuk langkah segera, untuk satu, dua hari ini Petronas dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan akan lihat keperluan menambah, akan menyediakan bagi rumah-rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera supaya mereka dapat belanja sementara. Dan yang terkesan, iaitu 100 lebih lagi (rumah) itu diberi RM2,500.


"Tapi yang lain itu, kita akan kerah seluruh jentera (meneliti) apa kemudahan tempat tinggal yang lebih baik, itu sedang direncanakan," katanya.


Menurut PM, berbeza dengan banjir rumah yang terjejas masih boleh digunakan dengan membersihkan lumpur namun bencana letupan gas menyebabkan rumah terbakar dan sekiranya pampasan diberikan memerlukan tempoh masa untuk membina semula.


"Saya fikir berbeza dengan bencana banjir umpamanya, ini akan menyebabkan kerosakan-kerosakan besar dan perumahan, jadi menyebabkan perancangan yang lebih teliti (diperlukan). Seperti mana saya tegaskan ia tak boleh selesai dalam beberapa bulan.


"Tapi percayalah, saya akan kerahkan seluruh jentera Kerajaan untuk mengambil tindakan yang sesegera mungkin," ujarnya.


Menurut laporan Bernama, kebakaran besar melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi menyaksikan 112 mangsa diselamatkan termasuk 63 orang dihantar ke hospital.


Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata, mangsa yang diselamatkan dan dilaporkan cedera terdiri daripada penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu.


Beliau berkata selain 63 mangsa yang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka, 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.


Kuil berkenaan serta tiga masjid merupakan empat rumah ibadat yang menjadi tempat perlindungan dan rawatan sementara kepada mangsa yang terjejas susulan insiden kebakaran itu.


Tiga masjid berkenaan ialah Masjid Putra Heights dan Masjid Nurul Iman yang diaktifkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) selain Masjid Al-Falah USJ 9 yang turut ditawarkan oleh pengurusan premis itu untuk dijadikan pusat perlindungan kepada mangsa.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page