top of page

Letak jawatan Timbalan Presiden KEADILAN tidak benar - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurul Izzah Anwar (gambar), menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya beliau telah meletak jawatan.


Menurut Nurul Izzah, khabar angin yang tular sejak kelmarin adalah tidak benar dan berbentuk tohmahan.


"Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya saya meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden KEADILAN adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Nurul Izzah, beliau kekal menjalankan amanah yang diberikan oleh anggota parti pada Pemilihan KEADILAN 2025 lalu, selaras dengan mandat yang diberi.


"Saya kekal komited menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi. Tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada," ujarnya.


Beliau turut memaklumkan bahawa fokus utamanya ketika ini adalah untuk terus memperkukuh parti menuju pilihan raya umum atau negeri.


"Fokus utama saya kini adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan parti," katanya.


Dalam pada itu, Nurul Izzah menghargai keprihatinan pelbagai pihak mengenai perjalanan parti dan aktivitinya. Namun menegaskan agar rakyat lebih berhati hati terhadap maklumat palsu atau tidak sahih.


"Saya menghargai keprihatinan semua pihak, namun saya menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu atau spekulasi yang berniat jahat.


"Segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti," katanya yang juga Pengarah Pilihanraya KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page